2023 - hello

 


Assalamualaikum! 

Almost 1 month passed in 2023.

I haven't update for a while. 

I decided to start my 2023 without someone whom I loved dearly since the past 5 years.

He took a toll on my health, be it mentally, physically or emotionally. So, I let me go.

Almost a month, and hope I made it for the rest of my life.

---

Selamat tinggal tahun 2022.

Semoga tahun 2023 ini, kita boleh melangkah pergi dan tinggalkan apapun yang menyakitkan kita di tahun lalunya.

Semoga aku, kamu dan kita semua dipermudah urusan dan dilindungi Tuhan sentiasa.

Semoga tahun baru ini, kita menutup segala pintu-pintu yang tidak lagi membahagiakan kita.

Semoga tahun baru ini, hidup dipenuhi sinar bahagia dan kita mampu hidup sebenar hidup,

Bukan sekadar mod survival.


Untuk kamu, kamu yang pernah menjadi sebahagian hidup ku, selamat tinggal. Semoga dalam keadaan apapun, aku berharap tiada jalan yang menemukan kita di masa akan datang.


Selamat Tahun 2023, semua. Moga segala yang baik dan terbaik buat kalian. 🤍


-SA, Disember 2022


---

Mengharapkan 2023 menjadi tahun di mana Shasha tidak lagi di dalam mod survival semata.

Cukup 3 tahun cuba menyelamatkan diri dari dibawa arus. Cukup 3 tahun berendam air mata dan hampir lemas tanpa sedar. Cukup.

Mendoakan tahun ini, tahun yang dipenuhi kegembiraan. Tahun yang dirahmati. Tahun yang dibuka pintu-pintu rezeki yang tidak disangka-sangka.

Semoga lebih tenang dan berjaya dari sebelumnya.

Amin.

---


Popular Posts